KENANGAN SILAM
Aku teringat masa silam
Yang kian lama tenggelam
Dan terpendam amat dalam
Kini kembali kuselam
Terbayang kembali semua mimpiku
Yang kini telah membeku
Terkubur oleh liku-liku
Kini aku bersendiri terpaku
Tiada teman bergurau senda
Teman cakap pun tiada
Seluruh hidupku porak poranda
Dalam jeruji besi aku berada
Penyesalan tiada guna
Kini hidup tiada guna
Semua kenangan telah sirna
Tinggal sebuah goresan pena
ZAINATION–2000V!
No comments:
Post a Comment